Saturday, November 10, 2012

Pemberontakan

Hari ini aku marah 

Muka aku merah
Darah muda membuak-buak
Aku ingin memberontak.

Mulut aku suruh maki, carut, ludah,
Tangan aku suruh tumbuk, tampar, sepak,
Kaki aku suruh tendang, terajang, sepak.

Aku mahu memberontak
sampai bersepai otak.


Allahuakbar! Allahuakbar!

Dah masuk waktu?
Aku tangguh dulu pemberontakan aku.

Ambil wudhuk, solat sunat tahiyatul masjid,
Luruskan saf, niat, berdiri, takbiratul ihram,
baca al-Fatihah, ruku', i'tidal, sujud,
duduk antara dua sujud, duduk tasyahhud awal dan akhir,
selawat Nabi pada tasyahhud akhir, beri salam, selesai.

Imam baca doa, aku aminkan.

Tenang.

Lepas keluar masjid aku rasa macam tak kena.
Pemberontakan aku tadi ke mana?


No comments: