Friday, May 2, 2014

Selamat Hari Pekerja 2014


Semalam ketika aku nak bank-in duit kat sebuah bank, aku nampak seorang perempuan muda bepurdah (umur dalam lingkungan 16-18 tahun) duduk dekat pintu masuk bank. Pada mulanya aku ingatkan dia tengah tunggu suami dia yang ada kat dalam tapi sangkaan aku salah. Tak ada orang kat dalam. Yang ada pada masa tu aku, dia dan makhluk yang ketiga.

Ketika aku nak melangkah masuk menuju ke mesin cash deposit, dia bagi salam dan cakap apa entah. Aku tak berapa dengar sebab tujuan aku bukan nak berbual atau mengorat dia pun. Aku tak jawab salam dia, sekadar senyum hambar sebagai balasan. Mesti dia ingat aku ni Atheist. Ah lantak pi kat hang la, aku nak bank-in duit.

Lepas settle urusan aku semua, aku sempat pandang kat dia. Dia pegang sebuah kotak yang tertulis "Derma Rumah Anak Yatim bla bla bla". Dalam hati aku terus kata, "WTF? Hari ni 1 Mei, Hari Pekerja, hari para pekerja bercuti. Dia ni boleh pula 'bekerja' hari ni?".

Ya, itu point yang aku nak highlight kat sini. Anak-anak yatim masih dikerah 'bekerja' untuk meminta derma kat tempat awam. Aku tak salahkan awek bepurdah tu. Aku salahkan 'ustaz' yang bagi arahan kat anak-anak yatim ni supaya meminta derma. Seraya itu aku teringat artikel yang ditulis oleh Zul Fikri Zamir, "Adakah Tuhan menentang Anak Yatim?". Dalam artikel tu ada menyebut,

"Tuhan tidak pernah bersama lelaki berserban agama jadi-jadian yang menjual anak-anak untuk memenuhkan poket jubahnya sendiri."

dan

"Anak-anak yatim akan terus diperlakukan sebegini rupa, dijual, dipandang dan diperlekeh sebagai warga ‘2nd class’, diminta mengemis untuk sesuatu yang mereka tak pernah minta; kerana kita punya warga masyarakat seperti anda. Orang yang tidak punya sikap, serta tidak pernah berani untuk berpihak kepada orang yang tertindas."

Aku tak mampu nak bagi derma kat awek tu. Dia 'bekerja' pada Hari Pekerja. Pada aku, orang yang bekerja pada 1 Mei perlu dibayar double atau triple. Jadi, tulisan ini sajalah yang mampu aku bagi. Kalau ikutkan bisikan makhluk ketiga, aku bawak saja awek bepurdah tu pusing-pusing bandar atau menonton wayang cerita Amazing Spiderman 2.