Tuesday, August 16, 2011

aku, pekan kecil & skateboarding: hidup bukan untuk makan nasi saja



alhamdulillah, indie novel aku, pekan kecil & skateboarding telah mendapat sambutan yang memberansangkan. karya sulung saudara Pitri al-Fateh Zainon kini akan dicetak dan dijual semula. rezeki anak dan bulan Ramadan, bro! :-)


SINOPSIS

Novel ini mengisahkan pahit getir seorang peminat sukan papan selaju yang berasal dari sebuah pekan kecil di utara Malaysia. Diadaptasi dari pengalaman penulis sendiri, beliau menceritakan bagaimana sekumpulan pemuda yang masih bersekolah ketika itu menaikkan scene di pekan kecil tersebut. Pengalaman membina sendiri mini-ramp dan rail, dilarang untuk menggunakan gelanggang tenis yang terbiar dan mengumpul wang sendiri untuk sukan yang diminati tak mungkin dapat dirasai oleh budak-budak baru yang nak naik macam aku. Ditulis dengan gaya bahasa yang bersahaja, penulis tetap menerapkan nilai-nilai positif seperti menghormati kedua ibu bapa, tidak merokok, mengutamakan solat dan belajar untuk berdikari. 


untuk dapatkan novel ni, bolehlah cari kat iceboxx skateshop di City Plaza, Alor Setar atau lebih senang berhubung terus dengan penulis Pitri al-Fateh Zainon (017-4972313).



p/s; untuk review yang satu lagi, boleh klik kat sini. thank you, Syarifah Radiah Ibrahim :-)

Monday, July 11, 2011

aku, pekan kecil & skateboarding


"Tu nak keluag tu tak pi semayang Jumaat dulu ka?" tambahnya lagi.

"Nak pi Alog Setag, tengok orang main skateboard. cadang nak semayang sana la ayah" aku membalas.

"Semayang kat Guag la aih. pi sana kot tak dan sat lagi" katanya.
"Nah ambik duit ni, lepaih Jumaat sat lagi baru pi. kalut watpa" kata ayah sambil menghulurkan wang RM20 kepadaku. RM20? Itu lebih dari mencukupi bagi remaja seperti aku. Ditambah dengan tidak menghisap rokok, banyak yang aku dapat berjimat.


indie novel "aku, pekan kecil & skateboarding"

Aku, pekan kecil & skateboarding. tajuk yang simple tapi ada maksud yang mendalam. ditambah pulak dengan quotes "hidup bukan untuk makan nasi saja.." yang membuat aku lebih berminat nak baca novel ni. indie novel 66 mukasurat karya Pitri al-Fateh Zainon yang aku pesan direct kat penulis baru sampai petang tadi dan aku hanya ambil masa lebih kurang satu setengah jam untuk habiskannya. memang pecah rekod la kalau nak dibandingkan dengan novel lain yang aku baca hehe..

novel ni menceritakan pengalaman susah senang seorang skater (for sure penulis sendiri) dari Guar Chempedak yang terlibat dalam dunia skateboarding di zaman persekolahan. macam-macam dugaan yang ditempuh ketika nak menaikkan scene di pekan kecil. main sukan pelik sikit kat kampung memangla orang usha pelik kan? aku tau la sebab aku pun main kat pekan kecil lagi hulu banat. tapi aku suka cara penulis menyampaikan kisah susah senang beliau yang bersahaja, tak terlalu skema etc. ni bukan novel cinta kan bro? :-)

apa pun aku bagi 4/5 bintang kat novel ni. sebab apa aku tak bagi 5 bintang? sebab aku nak baca lagi kalau ada sambungan hehe. tak puas la baca. harap nanti ada sambungan, boleh beli lagi haha~ apa pun tahniah kat abang pitri yang galakkan orang membaca terutama penggemar sukan ekstrem. semoga berjaya dalam bidang penulisan dan saya sebagai "budak pekan kecil" akan support abang punya karya, insyaAllah.

ok la aku tak pandai nak buat review novel. tunggu la ada orang tu buatkan nanti haha~ oh ya, selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di dunia. lagi 20 hari (ketika entry ini ditulis) insyaAllah.

till then,
wassalam.