Wednesday, November 21, 2012

Mereka di sana, kita di Malaysia.




Saat kami di Malaysia tidur lena,
kamu di sana berperang senjata.
Orang awam, kanak-kanak, wanita mahupun si tua tak berdaya
dibedil oleh sang Zionis gila
juga kerajaan yang bertopengkan syaitan.


Saat kami di Malaysia bangun dari lena,
sebahagian daripada kamu sudah tiada.
Kehilangan suami, isteri, anak-anak, ibu bapa,
saudara mara tercinta.


Berbeza dengan kami yang masih bersama famili.
Masih breakfast di McD,
menayang pelekat VIP sana sini,
masih bekerja siang ke malam, malam ke pagi.
Masih lepak kedai mamak 2-3 pagi.


Kamu di sana 
merana,
menderita,
berdarah,
dijajah,
menangis,
dihiris,
ditindas,
menjadi alat pemuas.


Bunyi bom dan tembakan sudah biasa
seakan muzik yang bergema di ruang jendela.


Kami di Malaysia
gembira,
merdeka,
bebas,
kemas,
aman,
kena saman,
pegang senjata cuma di kem PLKN
itupun kalau nama dipanggil.


Wahai saudaraku 
di Palestin, Syria, Rohingya, Selatan Thai, Mindanao,
juga seluruh kawasan yang bercempera 
kamu mungkin dibunuh, diseksa, menderita di dunia
tetapi berbanggalah kamu semua
kerana kamulah yang paling ramai di syurga.



Untuk mereka yang sedang berjuang
01.54 am
171112 
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia.


No comments: